Thursday, March 8, 2012

Nikmat Kubur


Anugerah Allah SWT bagi insan-insan sholeh yang selalu taat kepada-Nya serta Rasul-Nya satu diantaranya adalah nikmat kubur. Al-Bara r.a. menyatakan beberapa nikmat yang diberikan untuk orang yang beriman adalah sebagai berikut;
1. Memperoleh ampunan dan keredhaan-Nya. Malaikat maut mengatakan kepada orang sholeh yang sedang menghadapi sakaratul maut, ‘Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keredhaan-Nya.’
2. Kukuh hatinya dalam menghadapi dan menjawab fitnah kubur. Sebagaimana firman Allah SWT,
“Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu didalam kehidupan di dunia dan di akherat, dan Allah menyesatkan orang-orang yang zhalim dan berbuat apa yang Dia kehendaki.” (QS. Ibrahim: 27)
3. Dibentangkan permadani, disiapkan pakaian dari syurga, pintu surga dibukakan untuknya, dilapangkan kuburnya dan didalamnya ditemani seorang yang elok wajah dan bagus penampilannya. Seperti yang Rasulullah sabdakan, ‘Maka bentangkanlah permadani dari syurga. Hiasilah ia dengan pakaian dari syurga, bukakanlah baginya sebuah pintu ke syurga, maka sampai padanya bau wangi dan keindahannya.’ Seseorang tampan wajahnya tersebut berkata, ‘Berbahagailah dengan perkara yang menyenangkan kami, ini adalah hari yang dulu pernah dijanjikan’. Ketika ditanya ‘Siapa kamu’, maka, ‘dia menjawab akulah amalanmu yang sholeh.’ [HR Ahmad dan Abu Dawud].

Dicatat dari Majalah Islam Kontemporari AL ISLAM, Februari 2012, hal 44 dengan sedikit penyesuaian.

No comments:

Post a Comment